tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Monday 27 October 2014

SLE dan resveratrol

Ape itu SLE? Jarang dengar nama penyakit tuh, tak common kot... Tapi boleh sembuh kan? Itu laa antara persoalan2 yang biasa sy dgr kalau berbicara tentang SLE..So..mari kita kaji ape itu SLE.

SLE atau nama sebenarnya Systemic Lupus Erythematous adalah sejenis penyakit auto-immune..maksudnya immune badan seseorg bertindak menyerang balik sel2 dalam badan dia. Apa penyebabnya? Sampai sekarang, penyebab utama masih tidak diketahui, tetapi berkemungkinan kerana kombinasi genetik, persekitaran dan faktor hormon. Apa pula tanda2nya? Terlalu banyak symptom2 ke atas seseorg yang ada SLE, antaranya sakit sendi, muka merah (butterfly rash), masalah buah pinggang, masalah pernafasan, dan yang paling teruk, dan peringkat yang paling kritikal bila dia menyerang otak seseorang, menyebabkan seseorg mengalami sawan (cerebral lupus).


Dianggarkan setakat ini dalam 10,000 orang di Malaysia adalah penghidap SLE, tapi pakar mengatakan mungkin masih ramai lagi orang yang menghidapinya, tapi belum diketahui. Boleh dikatakan dlm 90% adalah golongan wanita dan selebihnya golongan lelaki dan kanak2. Kebiasaannya 90% daripada pesakit wanita adalah dalam peringkat umur 15-50 tahun, di mana. 

Saya masih ingat lagi pengalaman merawat seorang pesakit yang mempunyai SLE yang teruk. Boleh dikatakan semua tanda2 di atas dimiliki beliau. Buah pinggang nya juga rosak teruk sehingga perlu menjalani rawatan pembersihan darah (haemodyalisis). Beliau sgt tertekan dgn masalah yang dihadapi dan akhirnya disahkan menghidapi kemurungan. Bayangkan pada umur 14thn, beliau sudah mempunyai komplikasi2 yang saya nyatakan di atas.

Saya lebih terkesan dengan masalah SLE ini setelah kawan baik sy sendiri (semasa sama2 belajar di Matrikulasi), disahkan menghidapi SLE. Pada peringkat awalnya, doktor yang merawatnya tidak tahu apa masalah yang dihadapi nya. Symptoms yang dihadapi lebih kepada organ pernafasan iaitu paru-paru. Beliau mengalami sesak nafas dan sukar untuk melakukan aktiviti seharian. Apabila ujian Chest XRay dilakukan, didapati terdapat paru-paru berair (pleural effusion) yang memerlukan tapping dan juga tiub dipasang di dadanya utk mengeluarkan semua cecair dlm paru2. Beliau juga pernah disyaki menhidapi batuk kering (pulmonary tuberculosis) dan dikehendaki makan ubat ubatan yang maha banyak.

Setelah dirujuk ke doktor pakar, lebih banyak ujian dilakukan, dan akhirnya beliau disahkan menghidapi SLE. Sangat banyak ubat yang perlu diambilnya untuk mengelakkan berlaku 'relapse' SLE. Alhamdulillah, kini beliau semakin sihat, dan dapat melakukan aktiviti hariannya selepas bertahun2 cuti sakit. Walaubagaimanapun, beliau terlalu sangat berhati2 utk mengelakkan kejadian dulu berulang kembali. Siapa yang tidak takut dimasukkan kembali ke hospital berminggu2, kalau sy, sy pon tak suka, walaupon mmg dah keja di hospital,kan..

Kebelakangan ini, saya banyak melakukan research untuk mengkaji apakah yang boleh melemahkan atau melumpuhkan penyakit SLE ini. Ingat ye, kita hanya boleh kawal symptom2 SLE nie, bukannya menyembuhkannya. Setakat ini belum ada ubat hospital yang betul2 berkesan menyembuhkan penyakit ini.


Saya menemui Resveratrol, iaitu produk semulajadi yang ditemui dari kulit anggur merah. Resveratrol ini bukan benda baru, banyak kajian yang dilakukan menunjukkan Resveratrol mmg sangat banyak kegunaan dan kebaikannya. Pernah dengar orang kata bagus minum red wine?Yaa..mmg terbukti dgn meminum segelas dua red wine sehari, dpt mengurangkan risiko penyakit, kerana ianya mempunyai kesan anti keradangan. Masalahnya sebagai seorang Islam, minum red wine adalah haram. Tapi kini ada source yang lebih baik dari meminum red wine.






Resveratrol mempunyai sifat 'atheroprotective', yang penting untuk mengelakkan pelekatan cholesterol pada saluran darah. Kebiasaannya, pesakit SLE mempunyai masalah utk menunjukkan gen Reverse Cholesterol Transport (RCT) yang penting untuk mengelakkan 'atheroma' terbentuk.  Resveratol ini diyakini selamat, natural dan jarang mempunyai kesan sampingan. Kajian masih dilakukan untuk mengaitkan Resveratrol dan pengurangan terhadap masalah jantung di antara pesakit SLE. Banyak kajian yang dilakukan mengaitkan Resveratrol dgn anti keradangan, anti oxidasi dan anti cancer.

Semoga pesakit SLE mendapat manfaat dr info2 yang di atas..Amin....Berminat untk mencuba Vivix tapi tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, hubungi saya.

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

No comments: